Selasa, 30 Jun 2015

Ilham bulan Puasa

Tersedar jam 3.30 pagi tadi. Mengapa kita semtiasa membela nafsu. Nabi  SAW suruh berjihad terhadap nafsu. Nafsu dikukus sebelum dimasukkan kedalam manusia. Tapi nafsu tetap hebat. Ia masih mengekalkan sifat asalnya walaupun pernah dikukus.

Ahad, 13 Januari 2013

paklong tersentak.Ada sms drp anak.

malam tadi jam 11, terima sms dari anak. Bertanya tak mau tulis dalam blog lagi ke? Oleh itu pada pagi jni terbuka pula nak belek blog lama. Nak main balik bolehlah sikit2 Satu perkara bila dah masuk alam emas ni, terasa benar bahawa dunia ni memang menjadi tempat bermain. Makan dah berubah. Tak suka makan yang sedap2. Nasi, ikan panggang, sayor2 dan sambal belacan tu dah rasa cukup hebat sangat. Pakaian yang boleh menutup aurat dah puas. Kekadang rimas. Padan pakai kain pulikat dengan tak berbaju...cukup puas. kereta kecik pun cukup dah. Tapi kena autolah. Tengok kawan2 pi belajak agama pula. Saya main agama masa kecik2 lagi. Depa nak main tajwid semula. Saya tak mau main macam tu. Dah puas dah. Tafsir main dah. Tasauf main dah. Apa lagi mau main. Tengok alam maya ni bermain......

Selasa, 26 April 2011

paklong dah pencen oi

Pada 14 hb April lalu depa ada buat majlis mini di PPD Pendang. Memang paklong mau macam tu. Tak suka menyusahkan orang kalau buat di tempat lain. Harapan paklong agar semua pegawai dan staff sokongan dapat meneruskan tugas murni yang telah mereka serlahkan selama ini. Paklong akan meneruskan kehidupan yang masih lagi berbaki ini.jum pa lagi.

Sabtu, 22 Januari 2011

ILHAM BARU

Jam 8.00 malam (21.1.11) tadi kawan lama mai rumah. Dia ajak paklong kesekolah lama.Ada majlis meraikan mantan Pengarah Pelajaran Kedah.Seingatan paklong ramai mantan pengarah pelajaran Kedah mai dari sekolah jenan.Agak hairan ada orang mempertikai mengapa jadi macam tu.Adakah ini penentuan Tuhan....Paklong takmau komen.Dalam majlis tadi paklong jumpa dengan cikgu lama paklong, Dato Ghazi dan kawan-kawan lama sekolah dulu.Tuan Haji Shahidan mantan pengarah diraikan.Sekolah Jenan akan diGREENkan dengan biaya Dato.Jenan akan jadi hub INOVASI dan KREATIVITI Kedah. Kita sama-sama tunggu.Nama paklong disebut dalam ucapan Dato.Ilham baru,apa pun kalau dikoperatkan baru cukup syarat sebagai zaman glokal.Anak bangsa kita kalau tak ada minda koperat akan terlepas kebelakang.TIME will come.Jadi renungkanlah.

Khamis, 30 Disember 2010

Tahun 2011.

Paklong ucapkan salam satu Malaysia buat semua yang melawat blog ini. Tahun 2010 dah berlalu tanpa kita terperinci. Sedak-sedak dah mai tahun 2011. Umur makin tua.Kubok dok panggil.Pahala hari-hari buat dengan harapan masuk syurga. ALLAH....! Idea terganggu. Depa maklum hari Ahad cuti. Menang bola Piala Suzuki. Beginilah. Ada orang kata kita merancang Tuhan menentukan. Bila merancang, kita buat perancangan. Tapi tak capai, maka kita kata, takdak rezeki lagi. Atau tak dimakbul lagi. Ambil contoh, seorang nelayan: Perancangan dia cukup hebat. Umpan bagos, fishing rod bagos, cuaca bagos, tekong bagos dan semua bagoslah.Tapi bila pi mancing, tak dapat ikan. Dia hulur teropong dalam air, tengok pasai apa ikan tak mau makan umpan. Letak umpan di depan ikan pun dia tak mau makan. Apa pasai. Jawapan paling mudah ialah Tuhan tak bagi rezeki lagi , kerana Tuhan menentukan segalanya. Sang penyu yang duduk dekat kumpulan itu melihat perlakuan pemancing. Penyu kesian pemancing. Sang penyu berenang naik ke permukaan air laut ke arah perahu pemancing. Dia nampak mulut pemancing terkumit-kumit membaca doa atau mentera ikan. Itupun ikan takmau makan.Kasihan.........Dia tak mengaji....pasai bau. Bau tangan dia yang mengikat umpan tulah yang ikan tak suka. Pasai tu ikan tak mau makan kail dia walaupun diletak kat mulut ikan. Iktibarnya ialah....perancangan mesti strategik. Sejarah perang Arab- Israel 6 hari 1967......tentera udaranya yang terhad.. berjaya memusnahkan..tentera udara Mesir, Jordan dan Syria. Kereta kebalnya yang terhad berjaya memusnahkan kereta kebal negara-negara tersebut Bilangan askarnya yang sedikit berjaya memusnahkan askar-askar negara tersebut. MENGAPA.... carilah jawapannya. Itulah harapan saya ...untuk tahun 2011 ini.

Khamis, 11 Mac 2010

Jumpa Semula.
Maaf kerana lama tak jumpa. Paklong ni nak buka blog lupa password.Baru ni paklong terbaca tentang otak. Pengarangnya Ned Herrmann.Dia kata,kita boleh merubah cara berfikir.Selepas membuat kajian mendalam, teori dia telah mendapat pasaran baik sebagai cara dalam era baru mendidik pelajar-pelajar.IQ dan EQ perlu diseimbangkan dalam masa yang sama.Dia namakan "Pemikiran Keseluruhan Otak".Sistem otak katanya ada 4 blog/kotak/bahagian/quadrant. Sebelah kanan ada 2 (atas dan bawah). Sebelah kiri ada 2(atas dan bawah).Setiap quadrant mempunyai bahasa, nilai dan cara memproses maklumat yang berbeza.Dengan itu setiap individu mempunyai cara berfikir yang tersendiri.10 billion neuron (sel otak)orang dewasa ini sentiasa makan 25% oksigen badan. Setiap 5 minit, 1 pain darah mesti sampai ke otak.5 minit tak dapat oksigen neuron akan mati.