Ahad, 26 April 2009

MINAT VS STRESS

Paklong suka mengai pasai seronok. Ikan tak dapat pun takpa. Kita tak kacau orang. Orang pun tak kacau kita. Tapi orang kita dok suka kacau juga tak tau pasai apa. Barcakap pasai stress, paklong tak pernah stress. Cukup ligat. Paklong pantang nasi bila waktu hari bekerja. Jangan makan makanan yang banyak kebohidrat di awal pagi. Hormon serotanin akan melimpah masuk ke dalam sistem darah kita bila banyak kabohodrat. Minda malas berfikir. Cukup naya anak-anak sekolah kalau makan nasi atau makanan yang banyak kabohidrat di awal pagi. Stress berpunca kerana minda tak suka kerja berat. Tak berminat. Hormon tu dia mau kita rilek je. Kalau kita press otak pun dia tak boleh ke maksimum pasai perangai hormon tu macam tu. Orang bijak saja tau yang perangai kita dipengaruhi oleh hormon. Mula beribadat pun dituntut bermula dengan niat, pasai niat akan menggerakkan sistem hormon. Sistem hormon pula dipengaruhi oleh sistem darah badan. EEEhhh panjang pula sembang kali ni. Orang muda kita kebanyakan suka rilek. Kita lihat depa memang suka balun nasi di awal pagi. Candu nasi memang ada, tapi tak nampak.

Ikan belacak paklong nampak cukup happy walaupun depa duduk di glebok yang busuk. Yang jantan sentiasa mengorat dengan mengangkat kepak. Ekok dikodek kalau dia miang. Mengapa depa happy ? Ada kutu tangkap depa untuk buat minyak belacak. Paklong tabik kat belacak pasai depa takdak stress. Depa boleh adjust dengan situasi persekitaran. Mudah je. Tiru depa. Enjoi dengan persekitaran. Cari idea atau cabaran baru dan suaikan dengan minat barulah dunia ni nampak penuh dengan keindahan dan keseronokan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan