Isnin, 14 Disember 2009
paklong terlupa
Paklong mohon maap pasal terlupa nak belek blog. Maklumlah dah tua.slow sikit. Beginilah. Baru-baru ni paklong ke Sabah. Cuba mengadu nasib dengan menyewa perahu plywood pendatang pilipin. Ingat kot baguih nak balaih ikan. Dapatlah kerapu sikit.Tapi paklong kagum dengan tuan perahu tu. Dia mula jadi nelayan sejak kecik. Dia memukat je. Bila sampai ke kawasan pulau gaya, depan KK, paklong nampak satu perkampungan di atas laut. Ada surau/masjid. Kemudian terpandang perahu berenjin dalam. Laju. Dibuat daripada plywood juga." Itu dia cik orang yang suka merusak laut. Di bom ikan. Selam lihat ikan dan bom. Mereka hidup begitu". Paklong tak kata apa. Depa hidup dengan cara depa. Manusia akan servive kalau tau cara. Terpikir paklong pula. Apa akan jadi anak bangsa kita nanti kalau tak pandai servive. Tak kena gaya merempat di tempat sendiri. Pasai tulah paklong bila berjumpa dengan kawan-kawan, jangan dok ajak benda yang sama je dari dulu sam pai sekarang./ Cari ide baru dari aspek ekonomi/ sosial/ politik dan cipta satu cara hidup yang tersendiri. Kreatif dalam kerja baru bisa servive. nak ubah minda manusia payah. Si pendatang pilipin tu dia boleh servive pasai tau cara hidup. Satu lagi depa tak lupa pada komuniti di mana depa hidup. Cukup erat. Ni kita, kerana tak sama idologi dah tak mau tegok sapa. Bila kita tersepit kot baru kreativiti datang. Teringat tok guru paklong, Dato'. Ghazi, beliau pi New Zealand belajak pasai taik. Balik ke Malaysia dia tukak taik jadi Indah water. Dengak kata dia nak buka Kedai Kreatif untuk Kedah di SMK Jenan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan