Khamis, 4 Februari 2010

TAHUN 2010

Pak Long dah melawai tuas di Yan dalam masa cuti bulan 12 tahun lepas. Naik bot di Tanjung Dawai.Laju juga. Hari agak berombak. Bolehlah anak-anak ikan kerisi dan kerapu. Lepaslah sedikit gian ayak laut.Masa dok hulok kai ilham mai. Mengapa kawan-kawan kita yang jadi bos tak mau buat team building di laut atau di pulau?. Suasana lain tentu membangkitkan kreativiti baru. Pak Long besa sekali masa di Yan dulu buat di Pulau Bidan. Mandi, makan nasi kawah dan petang balik. Modal sorang RM50. Cukup enjoi. Besa juga Pak Long buat mesyuarat di bawah pohon durian dan manggis di Kampung Raga Yan. Semua pengetua daerah KMY kena salin pakaian di SMKYAN dulu baru boleh masuk mensyuarat di situ. Depa enjoi. Makan durian sampai bau hapak, belemuaih mulut. Buah manggis, rambutan tak laku. Rupanya, kalau kita dok buat kerja yang sama saja dan lama, kita akan jadi makin loi, pasai sistem otomatik badan kita akan ambil alih tugas tu. Kalau mau kreatif kita kena creat task baru, dalam suasana baru maka inovasi mudah dihasilkan. Pak Long dah bagi ilmu ni pada bos-bos di Pendang. Tak lama lagi kami nak main capplong di Pusat Ko Sg. Tiang. hubungilah kalau mau join.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan